ARCUPM JALANI LAWATAN PENANDA ARAS KE UNISZA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » ARCUPM JALANI LAWATAN PENANDA ARAS KE UNISZA

ARCUPM JALANI LAWATAN PENANDA ARAS KE UNISZA

Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin

Disunting oleh: Suziana binti Che Wil

KUALA NERUS, 17 Mei – Delegasi Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) yang diketuai oleh Pengarah, En. Fahmi Azar Mistar telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi memperkukuh jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan alumni universiti.

Lawatan tersebut menjadi platform kepada kedua-dua institusi untuk bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan pengurusan organisasi, strategi pengukuhan hubungan alumni serta pendekatan terbaik dalam memperkasa jaringan alumni universiti.

ARCUPM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Alumni UniSZA atas kesudian menerima kunjungan delegasi serta membuka ruang perbincangan yang memberi fokus kepada pembangunan dan pengukuhan pengurusan alumni.

Alumni dilihat sebagai antara pemegang taruh terbesar bagi sesebuah institusi pengajian tinggi, justeru pengurusan alumni yang sistematik dan berkesan menjadi elemen penting dalam memastikan hubungan berterusan antara universiti dan graduan dapat diperkukuhkan.

Sehubungan itu, universiti awam di Malaysia disaran untuk terus memperkasa garis panduan dan pendekatan pengurusan alumni masing-masing bagi menarik penglibatan semula alumni dalam menyumbang kepada pembangunan alma mater.

Sepanjang sesi lawatan dan perbincangan berlangsung, pelbagai input serta perkongsian bermanfaat telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Alumni UniSZA, Ts. Norkhairani Abdul Rawi. Perkongsian tersebut bukan sahaja memberi pendedahan terhadap amalan terbaik pengurusan alumni, malah turut memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.

Lawatan penanda aras ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan alumni pada masa hadapan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam memperkasa agenda pembangunan alumni universiti.

Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (03:21:32pm-03:26:32pm, 26 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]