Anugerah PUTRA Ikon 2019-2021 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Anugerah PUTRA Ikon 2019-2021

Anugerah PUTRA Ikon 2019-2021

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 13 Ogos - Anugerah PUTRA Ikon 2019-2021 telah pun berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang Anugerah IKON 2019-2021. 

Sehubungan itu, Pusat Perhubungan Alumni yang bekerjasama rapat bersama-sama pelajar dalam mewujudkan pelbagai program bersama pelajar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni UPM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan setiap program pelajar. 

Perkongsian ilmu dan sumbangan berbentuk tunai dan juga 'in kind' amat membantu pelajar dalam merancang dan seterusnya menggerakkan setiap program yang telah dipertanggaungjawab dan diamanah kepada mereka untuk dijalankan. 

Hasil kebersamaan semua pihak, setiap program yang dirangka dapat dijalankan dengan jayanya. Ini sekaligus dapat membentuk jati diri dan seterusnya melahirkan pelajar yang berdedikasi serta mempunyai pengalaman menguruskan program dan projek yang besar ketika di universiti sebelum mereka menamatkan pengajian. 

Antara program yang diumumkan sebagai pemenang pada malam itu adalah; 

1) ANUGERAH PERSATUAN/FAKULTI/KELAB TERBAIK
Saudari Puteri Sabrina Abdul Hadi
Chapter Student Ambassador (CSA)
Program: Alumni Golden Fit (Malaysia Book of Records)
 
2) ANUGERAH KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Saudara Ahmad Zaid Ismail
Program: International Forum Covid19 After Math (IFOCA)
 
3) ANUGERAH KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN
Saudara Khairul Amirin Khairudin
Program: Agro Alumni Industri Mentoring & Coaching (AIMAC)
 
4) ANUGERAH PERSATUAN PASCA SISWAZAH
Saudari Nurul Athira Affandi
Chapter YOSH (Youth of Strenght & Happiness)
Program: Kit 3K (Keselamatan, Kesihatan & Keceriaan)

 

 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 02/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaQAk~