Oleh: Husna Shafiyah binti Hishamuddin
Disunting oleh: Suziana binti Che Wil
SERDANG, 19 MEI — Puan Norshela Osman, Pembantu Tadbir (P/O) di Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM), menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sempena Majlis Gemilang Putra 2025 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen, dedikasi serta kecemerlangan prestasi kerja yang ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Dalam satu kenyataan, ARCUPM menzahirkan ucapan tahniah dan syabas atas pencapaian berkenaan serta menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu pengiktirafan bermakna kepada usaha gigih warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.
Menurut kenyataan itu, pencapaian yang diraih diharap dapat terus menyuntik semangat kepada penerima untuk mengekalkan mutu perkhidmatan cemerlang, selain menjadi inspirasi kepada rakan sekerja lain agar terus komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik.
Majlis Gemilang Putra merupakan platform penghargaan kepada warga Universiti Putra Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sumbangan signifikan dalam memperkukuh kecemerlangan universiti.

Penganugerahan APC 2025 kepada Puan Norshela Osman mencerminkan penghargaan institusi terhadap budaya kerja berprestasi tinggi dan komitmen berterusan dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan.
Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | suziana.wil

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor