Alumni UPM, Ravichandran Tharumalingan Tawan Gunung Kedua Tertinggi | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni UPM, Ravichandran Tharumalingan Tawan Gunung Kedua Tertinggi

Alumni UPM, Ravichandran Tharumalingan Tawan Gunung Kedua Tertinggi

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SEPANG, 4 Ogos - Kepulangan Alumni UPM (kelas 1990), Encik Ravichandran Tharumalingam dari menawan gunung kedua tertinggi di dunia iaitu K2 di Pakistan, disambut meriah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Beliau sekali lagi telah membawa nama UPM di puncak dunia, apabila kejayaannya menawan puncak Gunung K2, di Pakistan membawa bendera bersama-samanya. Bendera kebanggan seluruh warga UPM itu telah berjaya dikibarkan di puncak Gunung K2 oleh alumninya sendiri. 

sungguhpun ini bukanlah kali pertama, kerana sebelum ini Ravichandran sudah berjaya mengibarkan bendera penuh kebanggaan ini di puncak Gunung Everest, namun semangat cintakan alma maternya itu patut dicontohi. 

Semangat juang ini tidak hadir dengan sendiri tanpa ilmu yang pernah diterima selamanya ini. 

Menurut beliau, UPM telah banyak mengubah hidupnya selama ini. Alma maternya itu telah banyak berbakti kepadanya yang membawa dia berjaya hingga ke hari ini. 

Selaku alumni UPM, Ravi turut meyeru rakan-rakan alumni yang berada di luar sana agar kembali berbakti kepada alma mater. Sumbangan boleh dilakukan dalam juga bentuk. Tidak hanya tertakluk kepada wang ringgit, perkongsian ilmu, idea dan kepakaran juga antara sumbangan yang diperlukan.

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ravichandran Tharumalingam atas sumbangan yang diberikan. Bersama-sama kita menyokong dan mendokong visi dan misi universiti dalam usaha mengekalkan UPM sebagai sebuah Universiti bereputasi antarabangsa.  

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbHAj~