
Kami dengan penuh rasa bangga mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Encik Mohd Hasrul Hasan (Alumni UPM Kelas 2000 & 2003) yang telah dipilih secara rasmi oleh FootGolf Association of Malaysia (FGAM) untuk mewakili Malaysia ke China FootGolf Open 2025 yang akan berlangsung di Tianjin City, P.R. China, dari 15 hingga 22 Oktober 2025.
Penglibatan beliau bukan sahaja membuktikan kecemerlangan alumni UPM dalam pelbagai bidang, malah menyerlahkan semangat juang dan dedikasi warga UPM yang sentiasa mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Semoga segala urusan dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan kejayaan cemerlang mengiringi langkah beliau di kejohanan ini.
Teruskan menjadi kebanggaan UPM dan inspirasi kepada seluruh warga alumni!
Tarikh Input: 17/10/2025 | Kemaskini: 24/10/2025 | ainnanabilah

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor