Alumni UPM Duta Di Seluruh Dunia | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni UPM Duta Di Seluruh Dunia

Alumni UPM Duta Di Seluruh Dunia

Oleh:  Nur Fazrini Alia Binti Abd Majid 

Disunting oleh:  Suziana Che Wil 

Maafushi, Maldives, 23 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kelab Seni Tari Adimastuli telah menerima jemputan istimewa daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka dan Maldives untuk menjayakan persembahan kebudayaan sempena Program Tahun Melawat Malaysia 2026. Jemputan ini selaras dengan aspirasi “Alumni UPM Duta di Seluruh Dunia” yang terus memperkukuh keterlihatan universiti di arena antarabangsa.

Persembahan tersebut berlangsung di Maafushi, Maldives, dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Badli Hisham Adam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, bersama barisan pimpinan negara Maldives. Melalui persembahan ini, UPM bukan sahaja mempromosikan seni budaya Malaysia, malah turut mempererat hubungan diplomasi budaya antara kedua-dua negara.

Dalam kesempatan lawatan ini, wakil UPM turut berkesempatan menyantuni seorang Alumni UPM yang kini berkhidmat di Maldives, iaitu Mr. Tham Whye Long, First Secretary / Head of Chancery, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka & Maldives. Beliau merupakan Alumni UPM Tahun 2009 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Bioteknologi serta alumni Kolej Kedua.

Kesimpulannya, penglibatan UPM dalam program antarabangsa ini membuktikan peranan besar alumni dalam mengangkat nama universiti dan negara. Sumbangan mereka sebagai duta budaya dan profesional Malaysia terus menjadi inspirasi kepada generasi mahasiswa, seiring dengan semangat Berilmu Berbakti yang menjadi tunjang Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 25/11/2025 | Kemaskini: 14/01/2026 | ainnanabilah

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (01:29:56pm-01:34:56pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]