Alumni UPM Chapter Indonesia Lawatan Kampus UPM Serdang | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni UPM Chapter Indonesia Lawatan Kampus UPM Serdang

Alumni UPM Chapter Indonesia Lawatan Kampus UPM Serdang

Oleh: Mohamad Nazif Mohamad Basri

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 11 Oktober - Seramai 72 orang alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) Chapter Indonesia telah mengadakan lawatan ke kampus UPM, Serdang. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan alumni dengan universiti serta memberi peluang untuk meninjau perkembangan terbaru di kampus.

Lawatan bermula pada pukul 8:30 pagi di Sekolah Pengajian Siswazah. Rombongan alumni disambut oleh kakitangan Sekolah Pengajian Siswazah serta Prof. Madya Dr. Aqlima, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM. Seterusnya, pada pukul 10:00 pagi, alumni di bawa melawat ke Pusat Antarabangsa (i-Putra), disambut oleh Dr. Mokhrish Ajat, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, dan kakitangan i-Putra. Dalam sesi ini, mereka turut mengambil bahagian dalam gimik menanam pokok sebagai simbol ukhuwah alumni Indonesia bersama UPM.

 

Pada pukul 11:30 pagi, alumni di bawa pula ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM. Mereka diperkenalkan dengan kemudahan dan inovasi terbaharu perpustakaan yang kini lebih berorientasikan digital. Seterusnya pada deligasi dibawa untuk makan tengah hari di Foyer Dewan Taklimat Serdang dan para alumni berpeluang untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman bersama-sama.

Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan alumni dengan alma mater, tetapi juga mempromosikan perkembangan terkini UPM, seterusnya mengeratkan hubungan antara alumni dan universiti dalam suasana yang mesra dan penuh makna.

Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 08/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
W, (01:32:09pm-01:37:09pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]