Alumni UPM Chapter Indonesia Di Kedutaan Indonesia | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni UPM Chapter Indonesia di Kedutaan Indonesia

Alumni UPM Chapter Indonesia di Kedutaan Indonesia

Oleh: ⁠Zulhakimi Seman

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Kuala Lumpur, 11 Oktober - Program Mekar Siri 21: Alumni Chapter Indonesia 2024 diteruskan lagi dengan Seminar Antarabangsa “Food Security in Indonesia and Malaysia” yang diadakan di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. Seminar ini dianjurkan oleh Alumni Chapter Indonesia 2024 Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) serta sokongan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur.

Dipimpin oleh Prof. Dr. Imas Sukaesih Sitanggang, seminar ini berjaya menarik minat kehadiran lebih daripada 40 alumni serta beberapa ahli keluarga mereka. Seminar ini turut mendapat sambutan daripada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah serta Pegawai Pendidikan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Prof. Muhammad Firdaus yang juga merupakan alumni UPM.

 

Seminar Antarabangsa ini dikendalikan oleh Dr. Ir. Muhrizal Sarwani (BSIP Sumber Daya Lahan Pertanian, Bogor) selaku moderator dan tiga panel jemputan iaitu, H. Arief Prasetyo Adi (Ketua Agensi Makanan Negara Indonesia), Prof. Dr. Normaz Wana binti Ismail (Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM) dan Encik Muhammad Faris bin Ariffin (Pengurus Besar NAFAS Malaysia). 

Seminar ini berkisarkan tentang tiga topik utama iaitu, Keterjaminan Makanan di Indonesia: Peluang dan Cabaran, Keterjaminan Makanan di Malaysia: Peluang dan Cabaran serta Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia dalam Keterjaminan Makanan. Seminar ini diharapkan dapat menambah wawasan kita mengenai peluang dan tentangan dalam mewujudkan keterjaminan makanan di Indonesia dan Malaysia.

Tarikh Input: 21/10/2024 | Kemaskini: 06/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:46:16~noCache