Serdang, 11 Jun 2025, Pusat Perhubungan Alumni UPM berbesar hati menyertai Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, khususnya daripada para alumni dan pengunjung yang hadir ke booth pameran kami.
Kehadiran mereka bukan sahaja menyemarakkan suasana, tetapi turut memperkukuh rangkaian alumni yang berilmu, berdaya saing dan sentiasa menyumbang kepada pembangunan universiti serta negara. Pusat Perhubungan Alumni juga merakamkan penghargaan kepada alumni yang telah mendaftar dan mengemas kini maklumat terkini melalui Sistem Maklumat Alumni (AIS).
Sokongan ini membuktikan komitmen tinggi alumni terhadap alma mater dan menjadi pemangkin kepada pengukuhan komuniti alumni UPM secara berterusan.
Tarikh Input: 19/06/2025 | Kemaskini: 19/06/2025 | ahmadamirul

Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor