Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 22 Julai - Selesai pembikinan rakaman audio siar (Podcast) bersama Alumni UPM YBrs. Dr. Rohani Ibrahim (Alumni Dip Agri 1972). Audio Siar yang membawa bicara mengenai peranan alumni UPM dan juga bersekali bagi mempromosikan Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XII, 2024.
Aktiviti ini antara inisiatif yang diambil oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dalam usaha menggalakkan keserakanan alumni dalam pelbagai program dengan melibatkan alumni dan pada masa sama ingin mengajak alumni muda dengan menggunakan platform lebih terkini untuk mereka juga terlibat dalam program di universiti.
Audio Siar yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Strategi dan Pembangunan Korporat (PSPK) UPM ini sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berkaitan pembangunan dan perkongsian ilmu ke arah kemenjadian pelajar dan juga kecemerlangan alma mater.
Podcast akan bersiaran di laman sosial Facebook Universiti Putra Malaysia dan juga YouTube Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Input: 23/07/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor