ALUMNI P.K.P SIRI KE-23 : BELIA PELIHARA BUDAYA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » ALUMNI P.K.P SIRI KE-23 : BELIA PELIHARA BUDAYA

ALUMNI P.K.P SIRI KE-23 : BELIA PELIHARA BUDAYA

Oleh : Haizatul Akmar Jaafar

23 Oktober 2020, UPM - Dalam menghadapi masa yang sukar ini akibat penularan COVID-19, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia berusaha untuk menyediakan pelbagai cara agar alumni kekal berhubung dengan UPM dan komuniti alumni. Alumni P.K.P (Prihatin.Kolaboratif.Proaktif) merupakan siri webinar yang mengumpulkan para profesional alumni dalam komuniti untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kerja mereka dengan pelajar, staf dan komuniti.

Program Alumni P.K.P siri 23 kali ini telah disampaikan oleh Encik Adidi Tamin, Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Alumni Kelas 2007 bertajuk “Belia Pelihara Negara”.

Menurut Encik Adidi Tamin, seseorang yang terlibat dalam  bidang kebudayaan haruslah sentiasa mengkaji apakah konsep kebudayaan yang terkini. Tambahan pula, Encik Adidi juga berkongsi petua menjaga suara antaranya meminum air masak dan mengamalkan madu serta elakkan mengambil makanan yang boleh mengakibatkan batuk.

Encik Adidi turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu mengendalikan program kebudayaan dan menguruskan kumpulan-kumpulan pelajar kebudayaan ke sesuatu pertandingan sama ada di dalam negara atau di luar negara. Beliau berpandangan belia seharusnya mengenali dan meminati budaya bangsa dan memelihara agar budaya ini kekal relevan pada masa akan datang.

Program ini berjaya menarik 57 peserta dalam laman Cisco Webex dan 562 tontonan di penstriman video Facebook Alumni UPM.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDcUAo~