Alumni PKP Siri 15 – Kuasailah Bahasa Melayu Kita Dengan Cekat Dan Andal | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni PKP Siri 15 – Kuasailah Bahasa Melayu Kita Dengan Cekat dan Andal

Alumni PKP Siri 15 – Kuasailah Bahasa Melayu Kita Dengan Cekat dan Andal

Oleh : Nur Atirah Che Mesa

SERDANG, 25 Mac 2021 – Pusat Perhubungan Alumni berusaha untuk menyediakan pelbagai cara agar alumni kekal berhubung dengan UPM dan komuniti alumni dalam menghadapi masa yang sukar ini akibat penularan COVID-19. Alumni P.K.P (Prihatin.Kolaboratif.Proaktif) merupakan siri webinar yang mengumpulkan para profesional alumni dalam komuniti untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kerja mereka dengan pelajar, staf dan komuniti.

Program Alumni P.K.P siri 15 ini telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Norazlina Mohd Kiram, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Alumni Kelas 1998 bertajuk “Kuasailah Bahasa Melayu Kita dengan Cekat dan Andal”. Program ini berlangsung di dalam laman Cisco Webex dan di penstriman video Facebook Alumni UPM.

Beliau berkongsi tentang makna cekat yang membawa maksud cepat atau cekap dalam membuat sesuatu manakala andal bermaksud dipercayai dan diyakini. Tambahan itu, beliau juga berkongsi mengenai perkataan sinonim, antonim dan ejaan yang betul bagi sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu.

Akhir kata daripada beliau menyeru agar kita sebagai rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa Melayu dengan cekat dan andal untuk memajukan lagi negara Malaysia.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdXAY~