Oleh: Aidil Asyraaf Abdullah
Suntingan: Amanpreet Kaur Rajinder Singh
Serdang, 26 Oktober 2024 – Alumni Physical Education Challenge III 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program yang bermula seawal jam 7:30 pagi ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, dengan matlamat untuk mengeratkan hubungan antara alumni Pendidikan Jasmani serta memupuk kenangan indah bersama pensyarah dan mantan pensyarah.
Acara utama ialah Pertandingan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sepasukan, yang melibatkan empat pasukan Veteran dan enam pasukan Junior, merangkumi 16 ‘batch’ alumni Pendidikan Jasmani. Seramai 272 peserta menyertai pertandingan ini, yang mencerminkan semangat kesukanan dan ukhuwah yang tinggi di kalangan alumni.
Program yang dipengerusikan oleh Dr. Borhannudin Abdullah ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, yang memberikan sokongan kepada usaha jabatan dalam memperkukuh peranan alumni sebagai aset penting UPM. Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang menjadi acara kemuncak program ini.
Alumni Physical Education Challenge III 2024 (APEC III 2024) bukan sahaja mencipta kenangan baharu tetapi juga menyemarakkan semangat kekitaan di kalangan alumni dan warga universiti. Diharapkan program ini dapat menyahut seruan UPM iaitu UPM diperkasakan melalui alumninya.
Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | amanpreet
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor