Alumni Menyumbang; Terima Kasih Chapter Alumni Sastera Dan Budaya | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Menyumbang; Terima Kasih Chapter Alumni Sastera Dan Budaya

Alumni Menyumbang; Terima Kasih Chapter Alumni Sastera Dan Budaya

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG, 9 FEB – Sebanyak tiga (3) buah peranti telah disumbangkan oleh Chapter Alumni Sastera dan Budaya untuk diserahkan kepada tiga  (3) orang pelajar yang terpilih. 

Chapter Alumni Sastera dan Budaya yang ditubuhkan ini adalah menyahut seruan daripada Ybhg Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman untuk memastikan keterlibatan sama alumni dalam meneruskan kelangsungan kecemerlangan Universiti. 

Bertempat di Pusat Perhubungan Alumni, sumbangan peranti ini telah disampaikan oleh Ybhg. Prof. Madya Dr. Nik Rafidah Nik Mohamad Affendi dan Ybhg. Prof. Madya Dr. Roslina Abu Bakar yang merupakan alumni UPM. 

Peranti ini diserahkan kepada Ybhg Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud selaku Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM dan turut pada sesi penyerahan itu adalah Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan. 

Peranti ini akan diserahkan kepada pelajar yang berkepentingan dan ini adalah tanda usaha dan sokongan yang jitu daripada alumni kepada pelajar dalam usaha mereka mengejar cita-cita dan kejayaan. 

Pusat perhubungan Alumni selaku entiti yang bertanggungjawab akan sentiasa memastikan alumni dan universiti akan terus berhubung demi kemaslahatan pelajar dan juga seluruh warga kampus.  

Pihak Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua alumni yang telah menyumbang dalam pelbagai bentuk sumbangan kepada para pelajar dan warga UPM.  

Tarikh Input: 01/03/2022 | Kemaskini: 06/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdTAe~