Alumni Information System (AIS) Bakal Dilancarkan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Information System (AIS) Bakal Dilancarkan

Alumni Information System (AIS) Bakal Dilancarkan

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG – 21 Oktober 2021, Audit Dalaman Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bagi Alumni Information System (AIS) yang bakal dilancarkan sudah dijalankan. Audit dalaman yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, Penolong Pendaftar ARCUPM Nik Hafzaini Nik Hassan dan Pembantu Tadbir dan Pengoperasian ARCUPM, Cik Siti Hajar Rozaidi dan Puan Syamila Zakaria telah pun selesai dilakukan.

Alumni Information System (AIS) merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Perhubungan Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien.

Laman portal ini juga bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa dalam status terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti / program anjuran UPM.

Bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) terdapat banyak aktiviti / program yang dijalankan oleh ke semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam memastikan keterlihatan setiap PTJ dengan menjalankan program-program untuk pelajar dan juga warga UPM amnya. 

Antara yang telah berjaya dilangsungkan ialah UPM Alumni Golden Fit 2021 iaitu acara kecergasan maya, Pameran Maya oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM, Penghasilan cenderahati ekslusif seperti Gold Bar, Kad Touch and Go dan juga Mafla.

Banyak lagi aktiviti dan program yang bakal diadakan dan semua alumni UPM digalakkan menyertainya. Antara yang sedang giat dijalankan ialah pengumpulan dana untuk bantuan peranti dan pelan data kepada pelajar UPM yang memerlukan terutamanya mereka daripada keluarga B40 dan juga asnaf. 

Sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas UPM, ARCUPM selaku sekretariat yang menguruskan program sedang aktif mengumpul dana untuk pembelian 50 peranti iaitu Komputer riba yang akan diagihkan kepada 50 pelajar UPM yang memerlukan dalam usaha membantu mereka menjalani pembelajaran dengan baik.

Untuk itu, bagi alumni yang ingin sama-sama membantu boleh terus klik pada pautan; https://alumni.upm.edu.my/alumni_berbakti-2042

Tarikh Input: 10/11/2021 | Kemaskini: 01/12/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETDAB~