6-9 Januari 2018: TRACE Bridges-Link @Zon Selatan | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 6-9 Januari 2018: TRACE Bridges-Link @Zon Selatan

6-9 Januari 2018: TRACE Bridges-Link @Zon Selatan

  

6-9 Jan 2018 – Pusat Alumni UPM membuka tirai aktiviti alumni tahun 2018 dengan siri kedua TRACE- Bridges Link @Zon Selatan di Johor. Program yang dijalankan selama 4 hari ini bertujuan memperkasakan jaringan alumni, pertukaran kepakaran dan juga menyampaikan kepentingan para alumni untuk menyokong Putra Global UPM 200 yang mana aspirasi UPM untuk berada pada kedudukan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020.  

Delegasi Pusat Alumni telah melaksanakan Temu Mesra Alumni di beberapa agensi di Johor antaranya Jabatan Perhutanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pendidikan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Jabatan Alam Sekitar, alumni perseorangan iaitu Dato’ Bunawan Sagi, Pemilik Stesen Minyak (Alumni Kelas 1997); Encik Yusaini Ali, Pengarah Urusan Dapor Warisan (Alumni Kelas 1992) dan Encik Abd Hamid Hussin, Pemilik Ladang Durian (Alumni Kelas 1979).

Sempena program TRACE- Bridges Link @Zon Selatan turut diadakan Majlis Mesra Alumni UPM, Johor di Restoran Dapur Warisan dengan penglibatan 20 orang alumni industri UPM. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Alumni UPM Johor yang membantu dan menyokong program ini dan seterusnya melestarikan kerjasama korporat antara alumni-alma mater. Terima kasih juga di atas sumbangan alumni dalam menjayakan Kempen Menyumbang Minima My1Alumni 1Ringgit (MY1A1R) bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar UPM yang memerlukan.

Tarikh Input: 10/01/2018 | Kemaskini: 16/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZGAf~