5 Mei 2018: Reunion Ex-Diploma Sains UPM Himpun Semula Alumni Kelas 1976-1983/84 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 5 Mei 2018: Reunion Ex-Diploma Sains UPM himpun semula Alumni Kelas 1976-1983/84

5 Mei 2018: Reunion Ex-Diploma Sains UPM himpun semula Alumni Kelas 1976-1983/84

  

SERDANG, 5 Mei 2018 – Chapter Ex-Diploma Sains UPM, Kelas 1976-1983/84 buat pertama kalinya mengadakan reunion di UPM. Seramai 120 alumni hadir pada majlis tersebut yang mana tetamu kehormat adalah Pengarah Pusat Alumni UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid. Majlis ini mendapat maklumbalas yang positif daripada alumni yang hadir. Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Chapter diikuti dengan sesi jalinan alumni.

 

Cenderamata turut diberikan kepada semua tetamu yang ahdir bagi memperingati majlis ini. Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh alumni, cabutan bertuah dan juga sumbangan alumni kepada Tabung Sumbangan Kebajikan Pelajar UPM RM10juta. Secara keseluruhan, majlis ini sangat menarik dan merupakan satu peluang yang baik bagi alumni untuk berjumpa semula dengan rakan-rakan mereka.

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 19/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdUA6~