50 YEARS UPM WISH CHALLENGE KEMBANG KREATIVITI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 50 YEARS UPM WISH CHALLENGE KEMBANG KREATIVITI

50 YEARS UPM WISH CHALLENGE KEMBANG KREATIVITI

Oleh : Aida Fitri Peli

SERDANG, 10 Mac – Sebuah pertandingan video ucapan ringkas kreatif bersempena sambutan 50 tahun Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 15 Januari 2021 hingga 28 Februari 2021. Pertandingan 50 Years UPM Wish Challenge anjuran Pusat Perhubungan Alumni UPM ini telah menerima pelbagai video ucapan kreatif daripada alumni dan pelajar universiti secara dalam talian. Peserta yang berminat hanya perlu merekod, menyunting dan memuat naik ucapan video ringkas sempena 50 tahun UPM di media sosial masing-masing dengan tanda pagar 50YearsUPMWishChallenge dan tanda pagar PusatPerhubunganAlumniUPM

Pihak penganjur berpendapat bahawa video ucapan kreatif yang diterima daripada para peserta memperlihatkan kreativiti yang tiada sempadan dalam mengekspresikan perasaan bangga sebagai warga Universiti Putra Malaysia. “Pelbagai ekspresi dan mesej yang baik telah disampaikan oleh para peserta dan agak sukar untuk memilih pemenang kerana mereka semua kreatif dan berbakat,” kata pihak penganjur.

Pemenang dipilih berdasarkan bilangan tanda suka dan tontonan tertinggi bagi video yang dimuat naik di akaun peribadi masing-masing sama ada di Facebook dan Instagram. Seramai 2 orang telah dipilih sebagai pemenang pertandingan iaitu Cik Hooi Chee Mei (Esther), alumni UPM kelas 2020 dan saudara Muhammad Izzrulislam bin Rosman, pelajar kolej 10 UPM.

Tarikh Input: 30/03/2021 | Kemaskini: 30/03/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaXAC~