30 Julai - 1 Ogos 2018: TRACE Korporat VI @Bridges-Link Sarawak | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 30 Julai - 1 Ogos 2018: TRACE Korporat VI @Bridges-Link Sarawak

30 Julai - 1 Ogos 2018: TRACE Korporat VI @Bridges-Link Sarawak

  

SERDANG, 30 Julai-1 Ogos 2018 – Pusat Alumni meneruskan kalendar aktiviti alumni 2018 dengan program TRACE Korporat VI @Bridges-Link Sarawak. Program selama 3 hari ini bertujuan meluaskan jaringan alumni bagi melestarikan hubungan sepanjang hayat, pertukaran kepakaran dan menghebahkan kepentingan alumni untuk menyokong Putra Global UPM yang menjadi inspirasi UPM untuk berada pada kelompok 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020.

Tentunya program ini mencapai objektif untuk bertemu alumni yang berada dan bekerja di Sarawak untuk berkongsi tentang perkembangan terkini UPM dan seterusnya mendapatkan maklumbalas daripada mereka. ACUPM juga turut mempromosikan aktiviti/program alumni yang akan berlangsung sepanjang tahun 2018. Pada program ini, ACUPM berjumpa para alumni di lima buah lokasi antara Pejabat RISDA Negeri Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, FELCRA Berhad Wilayah Sarawak, Politeknik Kuching Sarawak and Lembaga Lada Malaysia yang mana seramai 140 alumni telah berjaya dikesan bagi mengemaskini maklumat peribadi mereka.

  

Sempena TRACE Korporat VI @Bridges-Link Sarawak, ACUPM juga turut menganjurkan Malam Mesra Alumni UPM yang diadakan Palace Hotel & Suites, Kuching, Sarawak dengan penyertaan seramai 25 orang alumni. Pusat Alumni merakamkan ucapan terima kasih kepada para alumni di Sarawak di atas sokongan kepada program ini dan menyumbang kepada Tabung Sumbangan Kebajikan Pelajar RM10 juta.

Tarikh Input: 14/08/2018 | Kemaskini: 16/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdEAl~