28-31 Januari 2019: TRACE Bridges-Link @Zon Selatan (Melaka & Negeri Sembilan) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 28-31 Januari 2019: TRACE Bridges-Link @Zon Selatan (Melaka & Negeri Sembilan)

28-31 Januari 2019: TRACE Bridges-Link @Zon Selatan (Melaka & Negeri Sembilan)

 

SERDANG 28-31 Jan - Pusat Alumni UPM membuka tirai aktiviti alumni tahun 2019 dengan siri ketiga TRACE- Bridges Link @Zon Selatan di Melaka dan Negeri Sembilan. Program yang dijalankan selama 4 hari ini bertujuan memperkasakan jaringan alumni, pertukaran kepakaran dan juga menyampaikan kepentingan para alumni untuk menyokong Putra Global UPM 200 yang mana aspirasi UPM untuk berada pada kedudukan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020.  

Delegasi Pusat Alumni telah melaksanakan Temu Mesra Alumni di beberapa agensi di Negeri Sembilan iaitu Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, RISDA Negeri Sembilan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan manakala di Melaka iaitu  Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan RISDA Negeri Melaka.

Sempena program TRACE- Bridges Link @Zon Selatan ini turut diadakan Temu Mesra Alumni Industri bersama Encik Ishafuddin (Alumni Kelas 1997), Eksekutif Indah Water Negeri Melaka; Encik Arshad Lamat (Alumni Kelas 1997), Pengarah Urusan Def Advance Technologies dan Encik Abdul Razak (Alumni Kelas 1994), Penulis Novel. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Alumni UPM Melaka dan Negeri Sembilan yang membantu dan menyokong program ini dan seterusnya melestarikan kerjasama antara alumni-alma mater. Terima kasih juga di atas sumbangan alumni dalam menjayakan Kempen Menyumbang Minima 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1R) bertujuan memberi bantuan kewangan kepada pelajar UPM yang memerlukan.

Tarikh Input: 18/02/2019 | Kemaskini: 25/02/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdOAT~