27 April 2018: Chapter Alumni Antarabangsa Mauritius UPM Dilancarkan Semasa Program TRACE @Mauritius | Pusat Alumni
» BERITA » 27 April 2018: Chapter Alumni Antarabangsa Mauritius UPM dilancarkan semasa program TRACE @Mauritius

27 April 2018: Chapter Alumni Antarabangsa Mauritius UPM dilancarkan semasa program TRACE @Mauritius

 

PORT LOUIS, 27 April 2018 – Pusat Alumni meneruskan program TRACE di Port Louis, Mauritius sempena program Putra Coco @Mauritius yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Program meliputi perkongsian semasa aktiviti/ program Pusat Alumni dan UPM dalam usaha menghebahkan kepentingan alumni dalam menyokong aspirasi UPM terhadap PG200.

Satu majlis rasmi telah diadakan Euro Vacances Hotel, Beau Bassin, Mauritius dalam membentuk satu Chapter Alumni Antarabangsa Mauritius, UPM yang telah dihadiri oleh 20 alumni di sana. Program TRACE diakhiri dengan sesi dialog antara alumni dan wakil Pusat Alumni UPM yang mana beberapa pandangan, idea dan maklumbalas telah diterima dalam usaha memperkasakan hubungan alumni-alma mater.

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 19/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1574082993