26 April 2019: Tautan Mahabbah Sempena Sambutan Hari Alumni UPM 2019 | Pusat Alumni
» BERITA » 26 April 2019: Tautan Mahabbah sempena Sambutan Hari Alumni UPM 2019

26 April 2019: Tautan Mahabbah sempena Sambutan Hari Alumni UPM 2019

 

SERDANG, 26 April -  Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, Persatuan Alumni UPM dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menganjurkan Tautan Mahabbah sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei pada Minggu Karnival Ambang Ramadan 2019 pada jam 7.00 malam, bertempat di Masjid UPM.

Menurut Pengarah Pusat Alumni, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid bahawa program Tautan Mahabbah ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan daripada Allah S.W.T agar dilimpah rahmat kepada warga kampus dan komuniti Serdang serta para alumni UPM di mana jua mereka berada. Di samping itu, silaturahim dan keakraban persahabatan komuniti kampus dan alumni UPM sentiasa diperkukuh dan dipertingkat serta dapat mengimbau sejarah penubuhan universiti dan memberi makna kepada pembangunan UPM.

 

Satu syarahan agama telah disampaikan oleh ikon alumni UPM, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud, Alumni Kelas 2016 yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia, yang bertajuk "Menyantuni Alumni, Mencintai alma mater" meliputi konsep waqaf, endowmen dan sumbangan alumni kepada universiti dalam konteks Islam. Pada majlis itu juga, sumbangan ikhlas telah dihulurkan kepada 61 orang anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Rumah Bakti Al Kausar, Rumah Anak Yatim Al-Farid dan kepada 85  pelajar asnaf/fisabilillah UPM.

Pusat Alumni sangat menghargai sumbangan daripada para penyumbang antaranya Persatuan Alumni UPM (PAUPM), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Amco Niaga Sdn. Bhd, Sumbangan Kutipan Pelajar Kolej/Fakulti UPM dan Alumni Perseorangan. Para tetamu dihidangkan dengan nasi ambeng di akhir majlis. Kira-kira 300 jemputan menghadiri majlis berkenaan.

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1573953408