22-26 April 2019: TRACE Bridges-Link @Daerah Zon Barat | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 22-26 April 2019: TRACE Bridges-Link @Daerah Zon Barat

22-26 April 2019: TRACE Bridges-Link @Daerah Zon Barat

 

22-26 April 2019, Zon Barat  – Pusat Alumni UPM meneruskan kalendar program TRACE Bridges-Link @Daerah (TAD), Zon Barat di beberapa daerah di Negeri Perak iaitu Ipoh, Kuala Kangsar dan Gerik. Program yang dijalankan selama lima (5) hari ini bertujuan memperkasakan jaringan alumni, pertukaran kepakaran dan juga menyampaikan kepentingan para alumni untuk menyokong Putra Global UPM 200 yang mana aspirasi UPM untuk berada pada kedudukan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020. 

Delegasi Pusat Alumni telah melaksanakan Temu Mesra Alumni di beberapa agensi di sekitar Ipoh, Gerik dan Kuala Kangsar antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Gerik, Kolej Vokasional Gerik, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, MAVP-VAM Seminar (Veterinar, Ipoh), Kolej Vokasional Seri Iskandar, Kolej Pertanian Titi Gantung, Bota, Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak, Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Encik Husalshah Rizal Hussian, TRACE Bridges-Link @Daerah (TAD), Zon Barat yang dilaksanakan ini mencapai objektif pelaksanaannya bagi menjalinkan hubungan strategik yang berterusan di antara alumni UPM dengan Universiti Putra Malaysia, menyediakan landasan menyumbang kembali para alumni kepada alma mater melalui sumbangan biasiswa/bantuan kewangan pelajar dan memperkasakan semangat kekitaan serta memupuk rasa bangga dalam kalangan para alumni terhadap Alma Mater.

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat 173 alumni UPM Perak yang membantu dan menyokong program ini dan seterusnya melestarikan kerjasama korporat antara alumni-alma mater. Terima kasih juga di atas sumbangan alumni dalam menjayakan Kempen Menyumbang 1Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR) bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar UPM yang memerlukan.

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUAAf~