16 Februari 2019: UPM Alumni Mentorship 2019 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 16 Februari 2019: UPM Alumni Mentorship 2019

16 Februari 2019: UPM Alumni Mentorship 2019

SERDANG 16 Feb - UPM Alumni Mentorship 2019 dengan kerjasama Chapter Alumni UPM YOSH telah diadakan di Auditorium Rashdan Baba, Aras 3, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berbahagia, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA).

Program UPM Alumni Mentorship 2019 ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu Forum Perkongsian Mentorship Alumni dengan tajuk perkongsian adalah “Memperkasa Jalinan Alumni dan Mahasiswa Dalam Melahirkan Graduan Yang Holistik Di Abad Ke-21”. Sesi ini telah dijayakan oleh barisan ahli panel yang juga merupakan alumni UPM iaitu Encik Muhammad Azri Abdul Jalil, Pengerusi Chapter YOSH UPM (Alumni Kelas 2015); Puan Nurul Shidah Md Yasan, Eksekutif Pengurusan Data dan Analisis (Alumni Kelas 2007); Encik Muazamir Haji Jili, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (Alumni Kelas 1999) manakala moderator adalah Saudari Hani Nadirah Basir, Pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan.

  

Program diteruskan lagi dengan sesi kedua iaitu Pitching Competition (YOSH Project Manager) yang dibahagikan kepada empat tema pembentangan adalah Belia dan Kesukarelawan, Belia dan Teknologi, Belia dan Keusahawanan dan Pemimpin Hari Esok manakala sesi terakhir adalah Neuro Lingusitic Programme – Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi oleh Fasilitator NLP iaitu Puan Siti Norain Samad dan Puan Kamariah Derasol. Seramai 150 orang pelajar UPM hadir menjayakan program UPM Alumni Mentorship 2019.

Tarikh Input: 25/02/2019 | Kemaskini: 25/02/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaIAu~