16-17 April 2018: YPR Anjur Workshop On Basal Stem Rot | Pusat Alumni
» BERITA » 16-17 April 2018: YPR anjur Workshop on Basal Stem Rot

16-17 April 2018: YPR anjur Workshop on Basal Stem Rot

SERDANG, 16-17 April 2018 – Yayasan Pak Rashid UPM dengan kerjasama Pusat Alumni dengan jayanya telah menganjurkan Workshop on Basal Stem Rot (BSR) of Oil Palm dengan objektif penganjurannya untuk meningkatkan kesedaran tentang pembangunan semasa dan status penyakit Basal Stem Rot terhadap pokok kelapa sawit, menyediakan platform kepada peserta untuk berkongsi dan bertukar idea berkenaan pengesanan dan pengurusan BSR dan mempromosikan pembangunan multi disiplin dalam pengurusan Basal Stem Rot. Bengkel selama dua (2) hari ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Noor Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pak Rashid UPM.

Seramai empat (4) speaker telah dijemput menghadiri bengkel tersebut iaitu:

1. Dr. Nusaibah Syed Ali, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM

"Title: Potential of Trichoderma harzianum and Bacillus cereus for biocontrol of basal stem rot of oil palm caused by Ganoderma boninense"

2. Prof. Dr. Mohamed Hanafi Musa, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM

"Title: Plant Nutrients and Ganoderma Control in Oil Palm"

3. Dr. Idris Abu Seman, Head of Ganoderma and Disease Research for Oil Palm Unit, Malaysia Palm Oil Board (MPOB)

"Title: R&D on Biology, Detection and Management of Ganoderma Disease in Oil Palm"

4. Dr. Ahmad Radhzlan Rosli, Head of Plant Pathology Unit, Crop Protection Department Plant Health Division, FGV Research & Development Sdn. Bhd.

"Title: Field Management of Ganoderma in Inland Areas"

Seramai 50 peserta yang menghadiri bengkel tersebut terdiri daripada syarikat kelapa sawit seperti PT. Sawit Sumbermas Sarana Indonesia, IOI Plantation Sdn. Bhd., FELDA, PPB Oil Palms Berhad, Achi Jaya Planttaion Sdn. Bhd., dan lain-lain. Bengkel turut melaksanakan lawatan lapangan di Sime Darby Plantations, Pulau Carey, Selangor.

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 19/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1573953151