Vista & Memori Siri 2: Pusat Sukan UPM | Pusat Alumni
» ARTIKEL » Vista & Memori Siri 2: Pusat Sukan UPM

Vista & Memori Siri 2: Pusat Sukan UPM

Vista dan Memori merupakan satu projek memperkasakan jalinan alumni di media sosial Pusat Alumni. Vista memberi tumpuan kepada panorama dan landskap di UPM manakala Memori adalah imbauan kenangan alumni semasa di UPM. Siri 2 Vista dan Memori memaparkan Pusat Sukan UPM.

  

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam pelbagai bidang antaranya dalam bidang sukan negara. UPM merupakan pentas lahirnya ramai atlet negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Roslinda Samsu (Alumni Kelas 2012), atlet lompat galah, Juara Dunia dalam acara terjun platform pada tahun 2017, Cheong Jun Hoong (Alumni Kelas 2019), Jonathan Wong Guanjie (Alumni Kelas 2019) yang beraksi di Sukan Olimpik Rio, Mohamad Azwar Bakar@Ibrahim, yang beraksi dalam acara ping pong pada Sukan Paralimpik Rio, Zaidatul Husniah Zulkifli (Alumni Kelas 2019) yang merupakan atlet olahraga, Lawrence Petrus (Alumni Kelas 2019), pemain ragbi Malaysia.

 

Pusat Sukan UPM adalah PTJ yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur sukan yang terbaik untuk para atlet UPM di samping modul pembangunan sukan pelajar yang komprehensif. Fasiliti dan kemudahan yang terdapat di Pusat Sukan UPM seperti gelanggang memanah, gelanggang hoki, gelanggang bola tampar, gelanggang takraw, gelanggang tennis, gelanggang badminton, padang bola sepak dan padang ragbi adalah fasiliti penting bagi latihan para atlet.

Tarikh Input: 22/10/2020 | Kemaskini: 22/10/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1606433583