Vista & Memori Siri 1: Dewan Besar, PKKSSAAS | Pusat Alumni
» ARTIKEL » Vista & Memori Siri 1: Dewan Besar, PKKSSAAS

Vista & Memori Siri 1: Dewan Besar, PKKSSAAS

Vista dan Memori merupakan satu projek memperkasakan jalinan alumni di media sosial Pusat Alumni. Vista memberi tumpuan kepada panorama dan landskap di UPM manakala Memori adalah imbauan kenangan alumni semasa di UPM.

Vista dan Memori Siri 1 memaparkan salah satu Bangunan Ikon di Universiti Putra Malaysia adalah Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Bangunan ini tentunya menyimpan seribu satu kisah kepada para alumni UPM.

Bersama ini turut disertakan sedikit maklumat mengenai Dewan Besar PKKSSAAS yang diperolehi di laman sesawang PKKSSAAS.

Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) telah siap dibina pada tahun 1978. Pada awalnya PKKSSAAS hanya dikenali sebagai Dewan Besar UPM dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Perkhidmatan Am, Pejabat Pendaftar. Fungsi utama Dewan Besar UPM ketika itu adalah untuk menyediakan kemudahan bagi semua acara universiti seperti Majlis Konvokesyen, dewan peperiksaan, pameran, persidangan,  seminar, pertandingan badminton antara Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan aktiviti persatuan pelajar.

PKKSSAAS telah dirasmikan pada 25 April 1996 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor. Di atas keprihatinan baginda terhadap seni dan budaya tanah air, maka Pihak Pengurusan Universiti telah mengambil inisiatif mengabadikan PKKSSAAS dengan nama baginda.

PKKSSAAS berperanan sebagai sebuah pusat kebudayaan dan kesenian yang unggul dalam menyumbang kepada pembangunan insan khususnya kepada masyarakat kampus dan Negara pada amnya. Di samping itu, PKKSSAAS adalah merupakan sebuah entiti yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi medium bagi berlangsungnya apa jua majlis dan program anjuran universiti secara khasnya.

 

Tarikh Input: 21/10/2020 | Kemaskini: 22/10/2020 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1606433958