“Saya mula terlibat dalam sukan terjun ini pada usia 9 tahun, mewakili negeri Perak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan mulai mewakili negara pada usia 13 tahun. Saya meminati semua disiplin dalam acara terjun dan akan melakukan yang terbaik dalam setiap acara yang saya wakili.
Apabila ditanya bagaimana beliau membahagikan masa sebagai atlet dan pelajar, beliau berkata ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan memandangkan beliau banyak menjalani latihan di luar negara. Apabila adanya sesuatu kejohanan besar, beliau terpaksa menangguhkan pengajian di UPM demi memenuhi tuntutan sebagai atlet negara. Namun jauh di sudut hati Jun Hoong, beliau mahu menamatkan pengajiannya seberapa segera, bergraduat dan bergelar alumni UPM.
KLIK UNTUK MEMBACA ARTIKEL PENUH.
Artikel ini ditulis oleh Nik Hafzaini Nik Hassan (Alumni Kelas 2006) dalam Majalah Alumni UPM "Serdang Sun", Volume 09, Isu 05 (Julai-Disember 2016).
Tarikh Input: 08/10/2017 | Kemaskini: 31/08/2018 | hafzaini
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor