Oleh: Suziana Che Wil
Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan
Langkah pertama dalam pengeluaran sayur-sayuran yang berdaya maju adalah dengan mendapatkan anak benih yang aktif dan mampu melakukan tumbesaran yang sekata.
Perkara ini ditekankan oleh alumni mentor bagi Projek MegaChili 2021 kali, saudara Kamarulridhuan Razali Alumni UPM kelas 2019 menerusi bengkel projek siri ketiga. Peserta projek ataupun pengusaha ladang penanaman perlu bijak dalam pemilihan anak benih dan juga cara penyediaan anak benih yang berkualiti.
Anak benih yang berkualiti akan menentukan kejayaan sesebuah projek penanaman dan ilmu yang dipelajari ketika di bengkel perlu dipraktikkan sepenuhnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh peserta adalah memilih anak benih yang sesuai. Menurut Agronomist Kamarulridhuan, biji benih yang sering digunakan oleh beliau seperti Sakata (SJC-461), Leckat (1033), 151 Red Kulai, 568 F1 Hot Pepper, 668 F1 Hot Pepper.
Teknik Penyediaan Anak Benih
Untuk mendapatkan anak benih yang berkualiti, langkah –langkah ini telah dikongsikan oleh alumni mentor Kamarulridhuan Razali. Setiap langkah yang dilakukan akan memastikan ada anak benih yang tidak berkualiti dan terus tidak pilih untuk ke proses yang seterusnya. Langkah mudah penyedian anak benih seperti dikongsikan seperti berikut;
Cara Menyuburkan Anak Benih
Anak benih yang berusia 4–6 hari diberikan larutan baja fertigasi cili dengan kepekatan elektri-conductivity (EC) 1.2–1.6 µS. Kepekatan baja larutan ditingkatkan sehingga 2.0 µS seminggu kemudian sehingga anak benih telah sedia untuk dipindahkan. Kepekatan baja boleh diukur menggunakan EC meter. Larutan baja dicurah secara rata ke dalam takung pembesaran dengan ketinggian 1 cm dari dasar. Larutan air baja fertigasi cili mengandungi segala unsur mikro dan makro yang perlukan untuk pertumbuhan anak benih cili.
Tarikh Input: 13/08/2021 | Kemaskini: 28/03/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor