JONATHAN - PENEMBAK OLIMPIK MALAYSIA | Pusat Alumni
» ARTIKEL » JONATHAN - PENEMBAK OLIMPIK MALAYSIA

JONATHAN - PENEMBAK OLIMPIK MALAYSIA

Jonathan Wong Guanjie merupakan penembak negara. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat perak pada Singapore SEA Games 2015 dan mengembirakan kem sukan negara apabila layak menyertai Sukan Olimpik Rio 2016, selepas menjuarai acara 10m air pistol pada kejohanan kelayakan. Bermula secara suka-suka, jaguh muda sukan menembak negara, Jonathan Wong Guanjie berasa seolah-olah bagaikan bermimpi apabila bakal beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016.

“Saya mengikuti kakak menyertai ujian pemilihan Persatuan Menembak Negeri Melaka (Melaka Shooting Association) pada tahun 2004 secara tidak dirancang, apabila mula menembak dan tembakan menepati sasaran, saya berasa seronok. Bermula dari situ, saya menjadikan menembak sebagai sukan tumpuan saya.

“Saya seronok menembak, kerana anda tidak melawan orang lain. Anda menembak dalam landasan (lane) anda, anda mengawal situasi. Rasa gementar semasa bertanding apabila anda kena mengawal dan mencabar minda dan diri anda jika tidak akan hilang keyakinan diri. 

KLIK UNTUK ARTIKEL PENUH.

Artikel ini ditulis oleh Nik Hafzaini Nik Hassan (Alumni Kelas 2006) dalam Majalah Alumni UPM "Serdang Sun", Volume 09, Isu 05 (Julai-Disember 2016).

Tarikh Input: 08/10/2017 | Kemaskini: 31/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1568863511