Gold Bar Eksklusif Sempena Sambutan 50 Tahun UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Gold Bar Eksklusif Sempena Sambutan 50 Tahun UPM

Gold Bar Eksklusif Sempena Sambutan 50 Tahun UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

29 Oktober 2021, Tarikh penuh bersejarah buat Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana pada tarikh ini UPM menyambut 50 Tahun penubuhannya sebagai sebuah universiti. UPM yang dibangunkan di bumi Serdang ini pada mulanya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia. Ketika itu hanya ada tiga falkulti pengasas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. 

Pada 3 April 1997, nama Universiti Pertanian Malaysia ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia. Pertukaran ini dilihat seiring dengan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baharu. 

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM pada tahun ini disambut dalam keadaan norma baharu. Biarpun dalam terapan norma baharu sedikitpun ia tidak merencatkan program / aktiviti yang telah dirancang. Malahan ada antara program yang dirancang telah mendapat pengiktirafan yang besar. Antara program UPM Alumni Golden Fit 2021. Telah mendapat penyertaan terbesar daripada kalangan alumni iaitu seramai 6202 penyertaan dan layak mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Bookof Records. 

Selain itu kejayaan Pameran Maya 50 Tahun UPM juga berjaya dijalankan. Lebih istimewa Cenderahati Kenangan 50 Tahun UPM, Gold Bar. Gold Bar Eksklusif ini merupakan satu projek yang julung kali diadakan sebagai tanda kenangan dan apresiasi dalam  menggambarkan semangat gigih, keteguhan dan iltizam warga UPM sepanjang tempoh 50 tahun pembangunan universiti. Cenderahati eksklusif ini juga adalah satu projek "Bersama Kita Membeli Sambil Menyumbang" kepada kecemerlangan pembangunan UPM.

Penempahan Gold Bar ini telah dilakukan secara pratempahan dan pada September 2021, setiap tempahan yang dilakukan telah berjaya diserahkan kepada pemiliknya. Tempahan Gold Bar adalah terbuka kepada semua pihak yang berminat sama ada warga UPM, alumni, pesara, rakan universiti dan orang awam. Gold Bar ini telah mendapat sambutan yang tinggi daripada kalangan alumni yang khususnya ingin menyumbang kembali alma mater. 

 

Tarikh Input: 20/01/2022 | Kemaskini: 06/04/2022 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUUAn~