DATO SOH POH SHENG MEMBERI MEMBUKA JALAN UNTUK MENERIMA | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » DATO SOH POH SHENG "MEMBERI MEMBUKA JALAN UNTUK MENERIMA"

DATO SOH POH SHENG "MEMBERI MEMBUKA JALAN UNTUK MENERIMA"

Dato’ Soh Poh Sheng menerima Diploma in Agriculture (1976) dan Bachelor of Science (Agriculture), 1980. Selepas menamatkan pengajiannya di Kolej Pertanian Malaya, beliau menyertai Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA). Beberapa tahun menimba pengalaman dalam perkhidmatan awam (civil service), Dato’ Soh nekad berhenti kerja untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga.

 “Saya ingin membawa perniagaan keluarga saya ke peringkat tertinggi, hasilnya kini saya boleh berbangga apabila Samsoney Group of Companies berjaya melebarkan sayap perniagaannya di dalam dan di luar negara. Pada masa kini, tumpuan saya untuk terus memacu kejayaan Samsoney Group of Companies ke peringkat global”. Beliau akui dalam usaha membawa kejayaan kepada syarikat, pelbagai cabaran yang beliau hadapi antaranya persaingan perniagaan, namun beliau akui cabaran-cabaran tersebut menjadikannya lebih fokus, berstrategi dalam merangka perjalanan syarikat agar relevan dengan pasaran ekonomi pada masa kini.

Kebanyakkan teman-teman yang mengenali Dato’ Soh mengakui peribadinya yang luhur dan baik budi. Sifat dermawan dalam diri beliau menjadikan beliau seorang yang dihormati rakan dan lawan. Dato’ Soh percaya bahawa hidup ini mesti ikhlas memberi, apabila kita sentiasa memberi dan memberi, kita akan sentiasa ditambahkan rezeki lebih banyak daripada apa yang telah kita berikan. Maka tidak hairanlah, Dato’ Soh Poh Sheng berbesar hati menyumbangkan RM1Juta ke dalam Tabung Amanah Endowmen UPM melalui Biasiswa Soh Kim Mee dalam usaha memberi biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar UPM yang memerlukan.

KLIK UNTUK ARTIKEL PENUH.

Artikel ini ditulis oleh Nik Hafzaini Nik Hassan (Alumni Kelas 2006) dalam Majalah Alumni UPM "Serdang Sun", Volume 08, Isu 05 (Jan-Jun 2016).

Tarikh Input: 08/10/2017 | Kemaskini: 31/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETCAO~