Oleh : Mohamad Norfarhan Norzaini
Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan
Dalam era pandemik Covid-19 ini pastinya membawa kegembiraan dalam kesedihan kepada umat Islam lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun perasaan sedih ini bukanlah penghalang kepada umat Islam seluruh dunia menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana normal baharu. Justeru, memahami peri pentingnya mengutamakan kebersihan dalam amalan seharian, satu program Sanitasi Masjid UPM telah dilaksanakan bertujuan melindungi keselamatan jemaah yang mendirikan Solat Sunat Aidilfitri dan sebagai langkah kawalan daripada penularan wabak Covid-19.
Program yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dibantu dengan penglibatan para pelajar UPM yang berada di kampus pada ketika itu. Ini merupakan salah sebuah usaha yang dijalankan oleh ARCUPM bersama-sama PAUPM dalam menyalurkan segala bantuan yang diberikan oleh para alumni kepada pihak UPM.
Pelaksanaan program sebegini mempamerkan rasa keprihatinan dan kepekaan para alumni terhadap alma mater melalui bantuan yang dihulurkan yang memberi manfaat kepada warga UPM dan penduduk sekitar Serdang ini. Pastinya, para alumni UPM juga bersedia untuk berganding bahu bersama warga UPM dalam usaha mencegah dan memerangi penularan wabak Covid-19. Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 09/01/2023 | hafzaini
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor