Biasiswa Alumni Buka Ruang Berjaya Kepada Pelajar Tidak Berkemampuan | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Biasiswa Alumni Buka Ruang Berjaya Kepada Pelajar Tidak Berkemampuan

Biasiswa Alumni Buka Ruang Berjaya Kepada Pelajar Tidak Berkemampuan

Oleh : Suziana Che Wil 

Biasiswa Alumni membuka ruang yang luas untuk para pelajar yang tidak berkemampuan. Inisiatif yang dilakukan oleh Pusat Perhubungan Alumni ini telah banyak membuka ruang untuk pelajar tidak berkemampuan juga mengukir kejayaan seperti rakan-rakan yang lain. 

Biasiswa Alumni yang memberi keutamaan kepada pelajar daripada golongan B40, asnaf dan juga Pelajar daripada Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka ini akan dibantu dari segi yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang menamatkan tempoh pengajian. Dengan sumbangan ini telah memberikan mereka harapan untuk meraih kejayaan yang diimpikan oleh keluarga. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima banyak permohonan daripada pelajar yang memerlukan bantuan. Oleh itu sumbangan pendanaan daripada pelbagai sumber dialu-alukan dalam sama-sama membantu pelajar yang amat memerlukan. Setiap sumbangan ini akan diagihkan kepada pelajar mengikut saluran-saluran yang telah ditetapkan dengan mematuhi setiap kriteria yang yang telah ditetapkan.

Apa kata pelajar? 

Bagi pelajar yang telah menerima biasiswa dan rata-rata yang ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penaja mereka kerana dengan adanya tajaan tersebut mereka dapat mencapai impian selama ini dan sekaligus mengubah nasib keluarga. 

Sekaligus ini juga menjadi contoh terbaik untuk mereka apabila mereka juga akan bergelar alumni satu masa nanti dan pastinya mereka juga akan kembali ke alma mater untuk sama-sama membantu. 

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 28/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYVAm~