Bangkit Semangat Alumni Di Bengkel Malumni UMS | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Bangkit Semangat Alumni di Bengkel Malumni UMS

Bangkit Semangat Alumni di Bengkel Malumni UMS

Oleh: Suziana Che Wil 

 

Bengkel Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia berlangsung dari 25 sehingga 27 April 2024 yang mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tuan rumah. Pusat Perhubungan Alumni UPM yang mewakili Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) turut menghadiri bengkel ini dan diketuai oleh Pengarah ARCUPM iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad yang baharu sahaja dilantik sebagai Pengarah baharu ARCUPM pada 1 April 2024 yang lalu.

Bengkel yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 25 hingga 26 April,  membawa agenda dan perbincangan yang akan memberi manfaat dan memperkukuh serta memantapkan lagi peranan alumni Universiti Awam (UA).

Antara agenda yang akan diperhalusi dan dibincangkan antaranya, perbincangan mengikut kepada teras Malumni, Cadangan sumbangan alumni melalui kaedah pemotongan gaji, semakan garis panduan pengurusan alumni universiti awam dan juga penganjuran Majlis Alumni Universiti Awam yang bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Bengkel yang turut dihadiri oleh 20 UA yang lain, dilihat sebagai satu platform terbaik untuk membincangkan agenda berkaitan alumni dan seterusnya dapat menghadirkan satu keputusan dalam kebersamaan untuk memajukan universiti awam di Malaysia.

ARCUPM selaku entiti yang menjadi badan penghubung antara alumni UPM dan alma mater akan sentiasa memberikan sokongan padu dalam segala agende pemerkasaan alumni UA.

Tarikh Input: 30/04/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:55:23~noCache