ALUMNI UPM TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA ALMA MATER | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » ALUMNI UPM TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA ALMA MATER

ALUMNI UPM TERUS MENYUMBANG BAKTI KEPADA ALMA MATER

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

Hari ini alumni UPM membuktikan kebersamaan mereka dalam merealisasikan impian enam orang pelajar termasuk salah seorangnya aadalah pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal apabila masing-masing telah menerima komputer riba-riba hasil sumbangan alumni UPM.

Inisiatif yang dizahirkan menerusi Program Putra Cakna Alumni Care: Heart to Heart ini adalah bermatlamat untuk membantu pelajar daripada kumpulan B40 dan asnaf yang tidak berkemampuan membeli komputer riba sendiri.

Menerusi data pelajar yang diperoleh daripada Pusat Zakat, Wakaf dan Endowment (WAZAN)  serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), ramai yang telah dikenalpasti mempunyai kekangan dalam menyediakan peranti sendiri itu. Program yang dirangka berterusan ini akan terus menyantuni pelajar tidak kemampuan ini dari semasa ke semasa.

Bagi Pusat Perhubungan Alumni dan Persatuan Alumni UPM, program ini adalah satu program yang dirangka secara berterusan demi membantu dan memberi kemudahan kepada pelajar UPM yang tidak berkemampuan tetapi mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan.

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dari semasa ke semasa sentiasa berusaha dan bergerak seiring dengan para alumni di luar sana untuk mencari pendanaan dalam usaha membantu dan menyantuni pelajar UPM yang kurang berkemampuan.

Tidak kiralah sama sumbangan itu dalam bentuk biasiswa, peranti ataupun bantuan makanan ARCUPM akan terus membantu dalam sama-sama menjulang visi dan misi universiti untuk melahirkan pelajar sebagai sosok warganegara yang baik demi mengekalkan reputasi UPM sebagai universiti paling lestari.

Para alumni amatlah dialu-alukan untuk turut serta dalam setiap program yang dianjurkan dalam menunjukkan kebersamaan alumni untuk mebantu universiti visi dan misi yang telah dtetapkan. Hari ini, slogan #daripadaalumnikepadaUPM telah membuktikan kesepakatan alumni telah banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti tetapi yang lebih kepada keperluan pelajar terutamanya mereka yang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Bagi pelajar Nurdinie Azlan yang merupakan pelajar OKU fizikal, inisiatif yang diambil oleh ARCUPM dan alumni UPM ini banyak membantunya dan rakan-rakan lain yang tidak berkemampuan memiliki komputer riba sendiri menarik nafas lega.

Jika selama ini dia hanya mengharapkan skrin kecil telefon bimbitnya untuk menyiapkan tugasan ataupun meminjam komputer riba rakan, tetapi dengan inisiatif daripada ARCUPM dan Persatuan Alumni ini, banyak membantu dia dan rakan-rakan. 

Menjadi hasratnya juga, apabila sudah bergraduat dan berjaya kelak, dia dan rakan-rakan juga akan kembali semula untuk terus menyumbang bakti kepada alma mater tercinta ini.

 

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbEAR~