Oleh : Suziana Che Wil
Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melaksanakan satu lagi temu mesra alumni bersama Pesuruhaya Tinggi Maldives ke Malaysia, Puan Yang Terutama (PYT) Dr. Mariyam Shabeena Ahmed (Alumni UPM 2023). Sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan pengurusan tertinggi negara itu, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Maldives.
Surat pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Maldives ke Malaysia telah disampaikan oleh Presiden Mohamed Muizzu dan menyatakan bahawa pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Maldives ke Malaysia mampu mengukuhkan hubungan persahabatan antara Maldives dan Malaysia dan sekaligus dapat memperluaskan perkhidmatan konsular untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada komuniti Maldives di Malaysia.
Dalam temu mesra yang diketuai oleh Pengarah ARCUPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad turut membincangkan mengenai pembangunan dari sudut pengajian bagi pelajar UPM dan juga komuniti Maldives yang berada di Malaysia. Selaku alumni UPM dan juga bekas pelajar kepada Prof. Madya Dr. Aqlima, Puan Yang Terutama (PYT) Dr. Mariyam menyambut baik hasrat yang dibawa dan memandang terus ke hadapan untuk merealisasikan setiap perancangan berhubungan pengajian dan pendidikan serta sumbang bakti beliau selaku alumni UPM.
Selain itu, pengarah juga sempat membuat pembentangan mengenai Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming kali ke-12, 2024 dan mengharapkan agar ianya diuar-uar juga kepada alumni-alumni UPM yang lain.
Pertemuan yang singkat dan penuh bermakna itu pastinya akan membawa satu lagi Langkah ke hadapan untuk meneruskan legasi kecemerlangan UPM bersama alumni UPM di luar sana. Pastinya pengukuhan Chapter Antarabangsa juga akan diambil kira.
ARCUPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Yang Terutama (PYT) Dr. Mariyam Shabeena Ahmed atas pelantikan ini. Alumni UPM Berilmu Berbakti terus menyebarluaskan kegemilangan UPM selaku institusi pengajian tinggi awam yang berkaliber dengan melahirkan watak graduan yang berdaya saing tinggi.
Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor