Alumni Teruskan Menyumbang Demi Alma Mater | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Alumni Teruskan Menyumbang Demi Alma Mater

Alumni Teruskan Menyumbang Demi Alma Mater

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini  Nik Hassan 

 

Alumni terus menyumbang untuk kemaslahatan pelajar dan tanda kebersamaan bersama alma mater. Setiap sumbangan yang diberikan oleh para alumni menunjukkan sikap prihatin dan alumni telah memainkan peranan masing-masing dengan begitu tinggi. Sikap dan keprihatinan ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada para pelajar UPM yang memerlukan bantuan terutama sumbangan pendanaan membawa kepada wujudnya biasiswa alumni, sumbangan peranti dan juga berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang masing-masing. 

Menerusi Sistem Maklumat Alumni (AIS) UPM mempunyai jumlah keseluruhan alumni yang berdaftar di portal berkenaan seramai 136,989. Dengan jumlah yang ramai ini, seandainya alumni hanya menyumbang RM10 setiap orang pada setiap bulan, ramai pelajar yang dapat dibantu dan mereka ini juga akhir dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. 

Sehubungan itu, pelancaran Tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1sr) dilihat sebagai satu inisiatif dalam mengumpul pendanaan daripada alumni yang sangat relevan dan tidak membebankan. bayangkan hanya dengan sumbangan RM1 sahaja boleh membantu pelajar yang amat memerlukan sumber kewangan bagi meneruskan pengajian. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM(ARCUPM) begitu komited dalam usaha mencari sumber pendanaan ini kelangsungan pelajar yang mahu meneruskan pengajian mereka. Di samping itu, sumbangan daripada para alumni ini juga membolehkan universiti meneruskan pelbagaikan projek perintis yang bakal membawa kejayaan kepada universiti dan seluruh warganya. 

Oleh itu, para alumni diluar sana dialu-alukan untuk kembali menyumbang bakti kepada alma mater sebagai tanda terima kasih atas apa yang telah diberikan oleh universiti kepada mereka sehingga hari ini berjaya. Ayuh alumni bersama-sama kita menyumbang demi kelangsungan universiti. 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdPAi~