Biasiswa Pewaris Gemilang | Pusat Perhubungan Alumni
» ALUMNI BERBAKTI » Biasiswa Pewaris Gemilang

Biasiswa Pewaris Gemilang



Biasiswa Pewaris Gemilang telah diwujudkan pada tahun 2025 hasil tajaan daripada Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. sebagai satu inisiatif bagi membantu pelajar yang berpotensi meneruskan pengajian di peringkat bacelor. Biasiswa ini ditawarkan khusus kepada pelajar yang menghadapi kekangan kewangan, namun mempunyai komitmen dan pencapaian akademik yang baik.
Permohonan biasiswa ini dibuka bagi sesi akademik 2025/2026 dengan keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam kategori isi rumah B40, serta pelajar yang terdiri daripada golongan anak yatim dan asnaf.
Penawaran Biasiswa Pewaris Gemilang ini mencerminkan komitmen pihak penaja dalam memperkasakan akses pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan, di samping menyokong kebajikan pelajar melalui kerjasama erat antara komuniti akademik dan industri.

Kemaskini:: 08/05/2026 [ahmadamirul]

PERKONGSIAN MEDIA

W, (10:58:08pm-11:03:08pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]