Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) secara rasminya didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 29 Jun 1971 dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bekas Siswa Kolej Pertanian Malaya. Nama tersebut ditukar kepada Persatuan Alumni Universiti Pertanian Malaysia pada 23 November 1973 susulan pertukaran nama alma mater kepada Universiti Pertanian Malaysia. Ia kemudiannya ditukar kepada Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998 berikutan pertukaran nama universiti.
Alumni yang bergraduat pada tahun 2004 sehingga kini secara tidak langsung telah disahkan menjadi Ahli Persatuan Alumni UPM.
OBJEKTIF
Menjalin perhubungan yang akrab di antara ahli dengan tujuan utama untuk mempertingkatkan kemampuan intelektual, akademik dan nilai diri mereka.
Memupuk perhubungan yang baik di antara Alumni dan UPM untuk faedah bersama.
Membantu UPM di dalam mencapai objektifnya untuk kecermelangan pendidikan, penyelidikan, perkhidmatan dan memartabatkan hingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan pengetahuan Alumni/Ahli yang luas menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara
Menjalankan kegiatan sukan, rekreasi dan kebajikan untuk ahli.
FAEDAH KEAHLIAN
Mendapat diskaun yuran penyertaan bagi program/aktiviti anjuran PAUPM.
Diskaun 20% bagi ‘Green Fee” di Kelab Golf UPM.
Diskaun 20% bagi kemasukan ke EduPark UPM.
Bayaran istimewa bagi yuran tahunan keahlian perpustakaan UPM.
Diskaun 10% bagi yuran pendaftaran pengajian di Putra Business School (pendaftaran melalui PAUPM sahaja).
Diskaun bagi produk jualan PAUPM terpilih.
Layak menerima bantuan kewangan melalui Tabung Alumni Prihatin.
Diskaun bagi yuran kelas menunggang kuda di Pusat Ekuin, UPM.
Berpeluang menjadi ahli Koperasi Alumni UPM Serdang Berhad (KOASER).
Boleh dicalonkan menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Alumni UPM (PAUPM) semasa Mesyuarat Agung Tahunan setiap 2 tahun (hanya Ahli Seumur Hidup sahaja).
PAUPM sentiasa berusaha memberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan untuk ahli-ahlinya.
Untuk mendaftar sebagai ahli, sila hubungi kami:
Persatuan Alumni UPM (PAUPM) Aras bawah, Bangunan TNC (Penyelidikan & Inovasi) Off Lebuh Silikon 43400 UPM Serdang Selangor 03-9769 1255/ 7242/ 7243/ 7244