“Ukhuwah Disulam, Silaturrahim Dieratkan”: Kejohanan Golf Sempena Homecoming KTDI & KK5 2024 | Alumni Relations Centre
» NEWS » “Ukhuwah Disulam, Silaturrahim Dieratkan”: Kejohanan Golf Sempena Homecoming KTDI & KK5 2024

“Ukhuwah Disulam, Silaturrahim Dieratkan”: Kejohanan Golf Sempena Homecoming KTDI & KK5 2024

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

 

Serdang, 13 Januari - Kolej Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah mengadakan Kejohanan Golf Alumni Inter-Kolej UPM Sempena Homecoming Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman 5 di Kelab Golf Uniputra, UPM.

Kejohanan ini telah disertai lebih 20 orang alumni UPM tanda sokongan terhadap program ini dan disambut baik oleh alumni. “Ukhuwah Disulam, Silaturrahim Dieratkan”, selari dengan tujuan penganjuran kejohanan ini untuk mengeratkan hubungan antara para Alumni Kolej 3 (kini dikenali sebagai KTDI) dan Alumni Kolej Kediaman 5.

ARCUPM mengucapkan terima kasih kepada alumni yang menyambut baik kejohanan ini yang bersama-sama melancarkan program yang diadakan.

Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 15/02/2024 | hazeqqa

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcUA0~