TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM BATU PAHAT (PKAYI) | Alumni Relations Centre
» NEWS » TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM BATU PAHAT (PKAYI)

TRACE ALUMNI DISTRICT @ BATU PAHAT: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM ISLAM BATU PAHAT (PKAYI)

Oleh: Shahirah Alia Azahar

 

BATU PAHAT, 19 November - Program penyerahan sumbangan ini diadakan di Wisma Yatim, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat, Johor. Program ini adalah untuk menyalurkan sumbangan bakul makanan dan buku sumbangan sempena READ@UNI Laman Komuniti ARCUPM. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama Chapter Student Ambassador (CSA) telah menyerahkan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat. Kutipan sumbangan makanan ini adalah daripada Alumni UPM iaitu Yayasan Kebajikan Suria Johor Bharu dan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Manakala sumbangan buku adalah hasil kutipan ikhlas daripada pelajar, staf dan alumni UPM.

Semoga dengan program ini dapat memberi contoh dan teladan kepada pelajar CSA serta bakal alumni untuk terus menyumbang bakti seperti slogan UPM “Berilmu Berbakti”. 

ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada alumni-alumni UPM yang menyumbang serta yang terlibat dalam pemberian sumbangan. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat dari segi keperluan harian dan sumbangan buku ini dapat memupuk minat membaca serta penambahan ilmu melalui pembacaan mereka.

Date of Input: 22/11/2023 | Updated: 22/11/2023 | shahirahalia

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEONAe~