Congratulations Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad | Alumni Relations Centre
» NEWS » Congratulations Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad

Congratulations Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

1 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM1) mengucapkan sekalung tahniah kepada Prof. Dato' Dr. Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad (Alumni Kelas 1985) atas penganugerahan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato’ bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Yang ke-79 tahun 2021. 

Terdahulu, Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad adalah dekan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM. Mula dilantik selaku dekan pada 2011 hingga kini.

FBMK merupakan fakulti tertua di UPM. Asas penubuhan FBMK dapat dikatakan sejak wujudnya Bahagian Bahasa Kebangsaan dan Bahagian Bahasa Inggeris di Kolej Pertanian Malaya berikutan penguatkuasaan Akta Bahasa 1967. Pada tahun 1971, kedua-dua bahagian ini digabungkan dan dinamakan Bahagian Bahasa yang mengandungi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Bahagian ini telah dinaik tarafnya menjadi Jabatan Bahasa pada tahun 1972, dan diletakkan di bawah Fakulti Pertanian.

Pada 15 Januari 1975, Jabatan Bahasa dipindahkan ke Fakulti Pengajian Pendidikan. Pada 4 Januari 1995, Jabatan Bahasa telah dinaik tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Bahasa. Pada 1 Januari 1999, Jabatan Komunikasi Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia dipindahkan ke Fakulti Pengajian Bahasa Moden dengan nama baharunya Jabatan Komunikasi. Dengan pemindahan ini juga, Fakulti Pengajian Bahasa diberi nama baharu, iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). 

Sekali lagi, tahniah untuk Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad daripada Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDTKA6~