Special Touch N'GO Card In Conjunction With UPM 50 Years Golden Jubilee Celebrations | Alumni Relations Centre
» NEWS » Special Touch n'GO Card in Conjunction with UPM 50 Years Golden Jubilee Celebrations

Special Touch n'GO Card in Conjunction with UPM 50 Years Golden Jubilee Celebrations

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – 1 Oktober 2021, Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dengan kerjsama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah membuka Pratempahan kad Tounch and Go khas sambutan Perayaan Jubli Emas 50 UPM (1971-2021).  Pratempahan ini mula dibuka bermula hari ini hingga 30 Oktober 2021. 

Untuk makluman sepanjang bulan Oktober 2021, hanya Kad Touch and Go ini sahaja dibuka untuk tempahan. Terdahulu, untuk bulan September 2021 yang lepas, cenderahati berupa Gold Bar 50 Tahun UPM telah dibuka untuk pembelian dan ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada para alumni dan juga warga UPM. 

Cenderahati tanda kenang-kenangan ini adalah rekaan ekslusif yang tidak dikeluarkan lagi sebagai tanda solidariti kepada Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). Untuk membuat tempahan kad Touch and Go eksklusif ini, bora`ng tempahan telah disediakan dengan klik pada pautan disertakan di sini. https://forms.gle/Z2RYsYFVUmkCFB4U8

Bagi mereka yang ingin menempah, tempahan awal adalah digalakkan. Ini memandangkan setiap tempahan mengambil masa enam hingga ke lapan minggu selepas tarikh tutup pratempahan untuk disediakan. Untuk maklumat lanjut mengenai pratempahan kad Touch and Go ekslusif ini, para alumni, staff, pelajar dan warga UPM boleh terus menghubungi sekretariat sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) iaitu ARCUPM. 

Dengan tanda pagar (hashtag) membeli sambal menyumbang (#membelisambilmenyumbang) bersama-sama kita semarakkan semangat cintakan alma mater dan kembali menyumbang kepada universiti. Mungkin kecil nilainya di dunia tetapi besar pahalanya di akhirat kelak. 

Berilmu Berbakti, dengan usia penubuhan 50 tahun UPM, ia telah menjadi kata kunci yang membangkitkan semangat kebersamaan dan kekitaan berganding bersama membawa UPM ke mercu kejayaan.



Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUAAc~