Sesi Temu Duga Biasiswa Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) Sesi 2023/2024 | Alumni Relations Centre
» NEWS » Sesi Temu Duga Biasiswa Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) Sesi 2023/2024

Sesi Temu Duga Biasiswa Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) Sesi 2023/2024

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Serdang, 23 Januari - Sesi temuduga Biasiswa Alumni Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) telah berjalan dengan lancar di Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM). Seramai lima orang calon peringkat akhir telah dipilih untuk menghadiri sesi temu duga yang diadakan secara fizikal di ARCUPM. Kesemua mereka ini adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan kewangan bagi melangsungkan kehidupan dan pengajian di Universiti Putra Malaysia.

 

Sesi temu duga ini telah dipengerusikan dan diketuai oleh Puan Aida Fitri Peli, Pegawai Tadbir ARCUPM. Antara panel penemuduga yang terlibat adalah Puan Mazitah Ahmad (Ketua Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil UPM, Pejabat Bursar UPM), Encik Mohd Firdaus Zakaria (Ketua Bahagian Kemasukan, Akademik UPM), Puan Noraihan Noordin (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM), Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim (Penolong Pegawai Tadbir ARCUPM) dan Encik Mohamad Norfarhan Norzaini (Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni ARCUPM).

Calon temu duga telah dipilih memenuhi kriteria ang ditetapkan. Calon-calon merupakan pelajar bacelor ambilan pertama tahun 2023/2024. Daripada lima calon yang menghadiri, hanya seorang calon sahaja yang dipilih untuk Biasiswa TESIS ini. Calon yang melepasi proses pemilihan bakal menerima biasiswa penuh yang berjumlah RM30,000.00 untuk 8 semester dan pemilihan ini berdasarkan markah purata tertinggi dan ulasan akhir sebulat suara panel-panel penemuduga.

Pihak ARCUPM dengan sukacitanya mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon yang berjaya meraih biasiswa ini. Pihak ARCUPM juga yakin bahawa calon yang berjaya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan seterusnya kembali berbakti kepada alma mater setelah berjaya kelak.

Date of Input: 23/01/2024 | Updated: 15/02/2024 | hazeqqa

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcEAz~