Sesi Temu Duga Biasiswa Alumni CUCKOO (2.0) Sesi 2023/2024 | Alumni Relations Centre
» NEWS » Sesi Temu Duga Biasiswa Alumni CUCKOO (2.0) Sesi 2023/2024

Sesi Temu Duga Biasiswa Alumni CUCKOO (2.0) Sesi 2023/2024

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Serdang, 24 Januari - Sesi temuduga Biasiswa Alumni CUCKOO 2.0 telah berjalan dengan lancar. Seramai dua orang calon penerima telah dipilih untuk menghadiri sesi temuduga yang diadakan secara fizikal di Bilik Mesyuarat Persatuan Alumni, UPM. Dua orang calon temuduga yang hadir adalah mereka daripada pelajar cemerlang dan keluarga yang berpendapatan rendah. 

Panel penemuduga diketuai oleh Encik Fahmi Azar Mistar (Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM) dan dihadiri oleh panel penemuduga yang lain. Antaranya ialah Puan Canna Tan Mei Than (Penolong Kanan Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia, CUCKOO Malaysia), Puan Mazitah Ahmad (Ketua Seksyen Kewangan Pelajar, Pejabat Bursar UPM), Puan Besek Intan Zafina Basok (Ketua Bahagian Kemasukan, Akademik UPM), Puan Noraihan Noordin (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM) dan Encik Mohamad Norfarhan Norzaini (Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni ARCUPM).

Hanya seorang daripada dua orang calon dipilih untuk menerima biasiswa peringkat bacelor ini dan akan menerima biasiswa penuh sebanyak RM 30, 000.00. Pemilihan penerima dipilih berdasarkan markah purata tertinggi yang diisi oleh ahli panel semasa temuduga. Pemilihan terakhir adalah tertakluk pada bidang kuasa pihak penaja itu sendiri.

Pihak ARCUPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon yang berjaya dipilih sebagai penerima Biasiswa Alumni CUCKOO (2.0) ini dan berharap penerima menggunakan biasiswa ini sebaik mungkin untuk kelangsungan pembelajaran di kampus.

Date of Input: 26/01/2024 | Updated: 13/02/2024 | hazeqqa

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcLAW~