Program Semarak Merdeka 2022 | Alumni Relations Centre
» NEWS » Program Semarak Merdeka 2022

Program Semarak Merdeka 2022

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG, 6 September - Program Semarak Merdeka 2022 telah berlangsung dengan meriahnya. Pusat Perhubungan Alumni berjaya merangkul tempat daripada 20 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mengambil bahagian. 

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter -PTJ berjaya menduduki tangga keempat manakala Pertandingan Koir Inter-PTJ pula memenangi hadiah saguhati kategori Busana Terbaik. 

Ini adalah sebahagian daripada sokongan dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan di sekitar kampus Serdang, UPM. 

Pertandingan anjuran Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mendapat sambutan yang hangat daripada PTJ di kampus Serdang, UPM. 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang pertandingan. Semangat bersama-sama menyemarakkan rasa kemerdekaan adalah satu semangat kejituan kepada bangsa dan negara. 

Dengan tema kemerdekaan tahun ini Keluarga Malaysia Teguh Bersama membawa makna yang sangat mendalam kepada Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk. 

Tema ini juga menggambarkan Keluarga Malaysia yang begitu prihatin antara satu sama lain dan ianya berjaya diterapkan dengan kesepakatan dalam menanggani ujian dan cabaran pada waktu-waktu getir negara dilanda pandemik. 

Date of Input: 30/09/2022 | Updated: 13/10/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCJHA:07:49