Mesyuarat Pelarasan Pembinaan Menara Jam Warisan Budi | Alumni Relations Centre
» NEWS » Mesyuarat Pelarasan Pembinaan Menara Jam Warisan Budi

Mesyuarat Pelarasan Pembinaan Menara Jam Warisan Budi

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 16 Ogos - Mesyuarat pelarasan pembinaan Menara Jam Warisan Budi telah diadakan bagi membincangkan mengenai perjalanan perancangan dan proses kerja dalam membina menara tersebut.

Mesyuarat yang dipengerusi oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni telah diadakan di Bilik Mesyuarat Menara Warisan Budi, ARCUPM. Turut hadir, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar. 

Menara Jam Warisan Budi yang kini dalam proses pembinaan akan menjadi satu mercu tanda kejayaan UPM dan juga bersempena 50 Tahun UPM. Menara yang bakal dibina berhampiran Dewan Besar UPM. 

Lokasi itu dilihat menjadi lokasi yang strategik apabila disitu adalah tempat tumpuan pelajar apabila berlangsungnya majlis konvokesyen universiti.

Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) dan seluruh warga kampus UPM, akan terus memberikan seluruh komitmen yang tinggi dalam menjadikan menara jam ini sebagai satu mercu tanda baru UPM yang bakal menjadi kebanggaan seluruh warga UPM khasnya. 

ARCUPM, Persatuan Alumni UPM dan warga UPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh alumni UPM yang bersama-sama menyumbang idea dan sumbangan dana dalam menjadikan projek ini daripada impian kepada realiti. 

 

Kebersamaan ini sekali lagi menunjukkan alumni UPM terus bersama-sama dengan universiti dalam menjayakan setiap projek dan program yang dijalankan dalam menyerlahkan lagi keterlihatan universiti. 

Date of Input: 31/08/2022 | Updated: 13/09/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWBfWAx:22:30