Ihsan And Spirit Of Belonging In Monthly Yaasin Recitation | Alumni Relations Centre
» NEWS » Ihsan and Spirit of Belonging in Monthly Yaasin Recitation

Ihsan and Spirit of Belonging in Monthly Yaasin Recitation

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 5 Ogos 2021 – Tidak bersua tidak bermakna melupakan. Tidak berjumpa tidak bermakna dalam hati juga sudah tiada. Sekali lagi pada Khamis (malam), 5 Ogos 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah bersatu hati mengadakan Majlis Bacaan Yaasin untuk memohon kesejahteraan, pelindungan dan kemudahan urusan daripada Allah SWT.

Majlis bacaan yang diketuai oleh Saudara Muhamad Fudhayl Omar, berlangsung secara dalam talian bermula jam 8 malam dan berakhir pada jam 9 malam. Majlis ini turut mendapat sokongan dan perhatian daripada Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dan juga Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan dan juga para staf ARCUPM yang turut serta dalam majlis tersebut.

Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud dalam ucapan alu-aluan menzahirkan ucapan terima kasih di atas inisiatif yang diambil untuk mengadakan majlis yang penuh barakah ini. Sesungguhnya tiada lagi kuasa dan kudrat yang boleh dilakukan selain memohon daripada Allah SWT.

“Pada musim pandemik ini segalanya kita tidak mampu jangka. Hari ini kita berjumpa esok belum tentu ada. Apa yang boleh kita lakukan ialah memohon ampun dan perlindungan daripada Allah SWT agar melindungi diri, keluarga dan rakan – rakan semua daripada musibah. Andainya diberikan ujian itu, maka bersangka baik dengan ujian itu kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya yang tidak mampu untuk menghadapinya. Dalam situasi begini, kerja berpasukan walau di mana kita berpusat adalah perlu secara kolektif. Saya percaya staf di ARCUPM mampu lakukan dengan bukti, kita berjaya dalam pencapaian yang penuh bermakna apabila Program UPM Alumni Golden Fit berjaya dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records (MBOR),” ulasnya.

Pada kesempatan majlis itu juga, Prof. Madya Dr. Arba’ie menitipkan pesanan kepada staf yang diuji kesihatan dengan virus Covid-19 akan sentiasa jaga diri dan memohon agar dipermudahkan segala urusan kesihatan.

“Selaku ketua di PTJ ini saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua termasuk diri saya sendiri agar kita mampu hadapi semua ujian ini. Susahnya kita menghadapi musuh yang tidak kelihatan. Moga kita semua diberikan kekuatan dan kemudahan dalam segenap perkara yang telah kita lakukan, yang sedang dilakukan dan yang bakal berlaku. Sebagai ketua di sini setiap sesuatu yang baik pastinya untuk anda semua manakala yang sebaliknya, saya akan bertanggungjawab ke atasnya,” akhiri beliau.

PTJ ARCUPM yang merupakan sekretariat Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). Sejarah tercipta kali ini apabila satu kejayaan besar dalam rangka khas program untuk sambutan 50 tahun UPM apabila Program UPM Alumni Golden Fit telah berjaya disenaraikan dalam The Malaysia Book Of Records untuk rekod penyertaan terbesar dalam acara kecergasan alumni universiti. Dengan pencapaian besar ini maka keterlihatan universiti di mata dunia akan terus bersinar sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang ulung seiring usianya 50 tahun menabur bakti kepada seluruh warga generasi di Malaysia dan juga luar negara.  

 

Date of Input: 23/08/2021 | Updated: 23/08/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXESKAc~