Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – 13 Oktober 2021, Penerbitan Coffee Table Book 50 Jewels of UPM sekali lagi mengadakan sesi temubual bersama tokoh alumni UPM, Encik Hafidz Ariffin. Beliau merupakan alumni kelas 2019 daripada program Bacelor Pembangunan Sumber Manusia.
Sebelum bergelar usahawan berjaya ‘buah syurga’ iaitu buah tin, Saudara Hafidz Ariffin terlebih dahulu menimba pengalaman di luar negara, namun minat dalam bidang pertanian mengubah segala-galanya.
Menurutnya ladang buah tin yang mula diusahakan pada tahun 2018, di Janda Baik, sudah menampakkan hasil yang membanggakan. Kini ladang buah tin ini sudah dikembangkan di Felda Sunga Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Selaku graduan UPM, Hafidz Ariffin bangga dengan minatnya yang kini mampu membantu orang sekelilingnya untuk sama-sama mengusahakan ladang ini.
Kejayaan Saudara Hafidz ini menjadi pembakar semangat kepada generasi akan datang dan akan diterbitkan kisah kejayaannya ke dalam Buku Coffee Table Book “50 Jewels of UPM yang diterbitkan khas sebagai tanda kenangan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Saudara Hafidz Ariffin atas kejayaan yang dicapai dan juga atas kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama dalam sesi temubual ini.
Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor